Thursday, 04 February 2010 08:40
administrator
In my rather short lifetime, I’ve seen quite a few changes in people. Some of them permanent, others not so. Just recently on Facebook I saw an acquaintance of mine don the tudung (the hijab). To some it may be nothing surprising, indeed in other parts of the world it might even be strange not to don the tudung. Some amongst you might even be thinking, “Well, it’s about time!”
I choose to take a different view. It’s not easy being a tudung-wearing lady, sitting in a lecture hall with other ladies in shorts and other revealing outfits. After the initial few days of stares, you get relegated to feeling like wallpaper. People don’t say outright that you’re different, and it seems like they don’t treat you differently. But slowly you realise it’s in the way they speak to you, the way they look at you, the way they look through you. It all might mean more respect and dignity for you, but for a member of a rather Western-influenced society, it might be something of a culture-shock for awhile.
Whether it is something of a resolution for this year, or whether it is just a trial period to feel what it’s like inside, taking those first tentative steps and donning the tudung (hijab) for the first time is no small matter. I would like to give a shout-out to all my sisters out there who have the courage to do this: respect and admiration from this side of the Muslim population. Wearing your hearts on your sleeves, now that’s courage.
All this, in the context of change. As they say, change is the only constant. All of us would have wanted to change something in our lives for the better. Be it our character, our appearance, or our eloquence (or lack thereof), no change is insignificant if it’s for the better. And in my short life on this Earth, I have observed some things which might be useful.
Start small
The small, permanent changes are the ones that matter the most. I’ve felt this many times before. Oftentimes, in a spirit of realisation and boundless energy, I’ve tried to change too many things in my life all at one time. The result? You guessed it. Every single one of those endeavours have deflated and fallen flat within a few days (some of them failed after the first try). It might seem like common sense, but I know of at least one person who has tried to go against his very own nature and attempt a complete 180o change. He’s still in that cycle of inflation and deflation, never tiring of his attempts. One admires his perseverance, but not his lack of wisdom.
Sometimes we get carried away and feel like we can conquer the world, especially after hearing inspirational words about how the Ummah needs that core group of solid individuals to spearhead the efforts to change society. Perhaps the words of a wise man will shed some light on this:
“Check effusive emotions with reins of wisdom and insight. Give the heat of emotions to the rays of wisdom. Coordinate thinking and imagination with reality and factuality and trace realities in the light of imagination and thinking. Never lean towards one only, so that you may not lose the other. Do not fight the forces of Nature, so that they do not break your head. Have the benefit of their service, by changing their direction.”
Never lose hope
Never ever lose hope in yourself, or in those whom you want to change. If you keep on sinning, doing the same old thing over and over again, never forget that Allah’s door is wide open. Everytime you fall back, go back to Him for strength and in full remorse. Allah will give you chances and He will forgive you in all your sincerity and humility. Never be too proud or feel that there is no hope left. To turn away from Allah in your lowest moments is just pure folly.
Sometimes, it may take 10 or 20 years for someone to change. Sometimes it may take a lifetime, and the person may only receive the epiphany the day before he dies. If we are sincere about him changing, then we will be happy for him regardless of when he changes. The worst thing one can do is to look down on a friend just because he does not do certain things that you do. You might be the cause of him turning away, 50 years from now. Such is the fragility of human relationships.
Cover me!
No man is an island, but we frequently forget this. Each of us lives in an unimaginable web of social connections. You are my friend, but you also happen to be my friend’s mother’s schoolmate’s cousin’s ex-schoolmate who my aunt’s second cousin’s son met while in high school. A popular idea goes that we are all separated by only six degrees of separation. It’s crazy, and yet it’s another of Allah’s Signs. Only if you think about it real hard.
This very fact, apart from overwhelming you, should give you hope. When attempting to change whatever aspect of our lives and the lives of those around us, we often think in terms of ‘Me vs The World’. Sure, it sounds like some action-packed movie about a superhero who destroys all the baddies and emerges at the end unscathed (apart from a few minor scratches). I mean, who doesn’t want to be the main protagonist in their own little movie centred around their own little lives? Reality, I assure you, is not like that. At every stage of our lives, we owe a lot to those people we meet who help us along the way. Be it the helpful coursemate who has the patience to stop and teach you the concepts you never seemed to be able to master, the lady at the cafeteria cashier who always has a ready smile for you, or your parents who help to keep you grounded, we are never get anywhere on account of our own hard work.
Therefore, when wanting to invoke change, we must take advantage of all these relationships around us. Make a pact with your roommate to wake up for Qiamullail every Saturday morning (or night), write down your goals for all to see and examine, tell your mother about your experiences and how it has made you a better person. In short, mould your environment so that change is an easy process. You don’t have to be Rambo to make the world a better place.~jau
Tuesday, 26 January 2010 23:22
UFNOL
حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو الصادق المصدق
إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه في أربعين يوما ثم يكون علقة مثل ذلك ثم يكون مضغة مثل ذلك
ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات رزقه وأجله وعمله وشقي أم سعيد فوالذي لا إله غيره
إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيختم له بعمل أهل النار فيدخلها
وإن الرجل ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيختم له بعمل أهل الجنة فيدخلها
"Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud R.A., katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : "Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripada-Nya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis di atas, kita dapat melihat betapa Allah SWT sebagai Maha Pengatur Segala Urusan telah mengatur perjalanan hidup setiap daripada hamba-Nya sejak azali lagi. Bagaimana kita bermula dan bagaimana kita berakhir telah pun tersurat di dalam genggaman Allah SWT tanpa sebarang kudrat untuk kita mengubahnya kecuali dengan izin Allah SWT juga.
Secara tidak langsung hal ini memberikan implikasi kepada kita bahawa umur kita telah pun ditetapkan oleh Allah SWT dengan had-had yang tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Perihal umur kita merupakan persoalan ghaib yang tidak dapat ditanggapi oleh akal kita. Semuanya menjadi rahsia Allah SWT yang sepatutnya menguja kita untuk berusaha memanfaatkan usia kita sebaik mungkin dalam keadaan kita tidak tahu di manakah serta bagaimanakah kita akan berakhir.
Last Updated on Tuesday, 26 January 2010 23:54
Read more...
|
Wednesday, 27 January 2010 00:08
UFNOL
Suatu ketika dahulu, tinggal seorang petani miskin di sebuah desa yang jauh. Petani ini sentiasa berangan-angan mahu memiliki sebidang tanah yang luas - saujana mata memandang. Lantaran itu, si petani berterusan bekerja keras setiap hari dengan penuh cekatan. Tujuannya untuk mengumpul wang sebanyak-banyaknya dengan harapan yang tinggi menggunung. Dengan wang yang banyak itu, si petani berhajat mahu membeli beberapa hektar tanah lagi.
Pada suatu hari, si petani berjalan-jalan di sebuah kampung. Di kampung tersebut, si petani melihat terdapat sebidang tanah yang amat luas. Luasnya tidak tergambarkan. Si petani menggenggam tanah itu lalu mengepal-ngepal tanah itu.

"Wah...bagus sekali tanahnya...subur amat...", getus si petani di dalam hati.
Melalui seorang kawan yang tinggal di perkampungan terpencil itu, si petani bertemu dengan Ketua Kampung lalu menyuarakan hasratnya untuk membeli tanah di situ. Ketua Kampung lantas bermesyuarat dengan beberapa orang tua yang lain bagi membincangkan hasrat si petani tersebut. Akhirnya Ketua Kampung menyatakan persetujuan untuk menjual beberapa bidang tanah kepada si petani dengan harga yang terlalu murah. Harga tanah yang mahu dijual itu ternyata terlalu kecil jika dibandingkan dengan wang simpanan yang telah dikumpul oleh petani tersebut. Alangkah gembira bukan kepalang si petani apabila Ketua Kampung menyatakan persetujuan tersebut. Kegembiraan itu semakin bertambah apabila Ketua Kampung menyatakan syarat pembelian tanah tersebut.
Last Updated on Wednesday, 27 January 2010 00:23
Read more...
Tuesday, 26 January 2010 11:24
administrator
Tersebutlah sebuah kisah, ada seorang kuli yang telah ditugaskan untuk melaksanakan beberapa tugasan yang telah dipertanggungjawabk an oleh tuannya. Bertuahnya kuli ini, bukan sahaja sebuah buku panduan lengkap telah diberikan - menerangkan apakah yang wajib dan wajar dilakukan olehnya dengan terperinci, daripada A sehingga Z, Alif sehinggalah Ya dan tidak cukup dengan itu, perkara-perkara yang dilarang juga termaktub dalam buku panduan tersebut - malah dia juga mendapat seorang tuan yang luar biasa mulia dan baik hatinya.
Kuli ini dipanggil Sanna. Sanna bukanlah satu-satunya kuli yang dimiliki oleh tuannya. Masih ramai lagi kuli lain yang bertuankan tuan yang sama.
Sejak lahir lagi Sanna sudah diberi mandat untuk menjadi kuli kepada tuannya. Malah sebelum Sanna dilahirkan pun, takdirnya adalah untuk menjadi kuli. Kejam? Tidak, malah Sanna patut rasa bertuah kerana ganjaran hebat yang tidak terbayang oleh pemikiran kuli seperti Sanna bakal menantinya seandainya dia menjalankan tugasannya dengan sempurna. Tambahan pula, Sanna wajib bersyukur kerana mempunyai tuan yang begitu kasih dan sayang akan dirinya.
Pada mulanya, Sanna merupakan seorang yang kuli yang taat dan begitu patuh akan arahan tuannya. Buku panduan yang dibekalkan bukan sahaja dibaca daripada satu helaian ke helaian yang lain, malah cuba dihadamya satu-persatu buku panduan tersebut. Banyak juga arahan-arahan yang ditulis tidak dapat difahami oleh Sanna kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa percakapan Sanna. Namun, Sanna tetap berusaha untuk mematuhi segala arahan dalam buku panduan tersebut berdasarkan kefahamannya sendiri dan atas bantuan rakan-rakan kuli yang lain.
Kuli-kuli yang lain juga seperti Sanna. Mereka juga telah ditakdirkan untuk menjadi kuli sebelum mereka kenal dan lihat dunia ini lagi. Dan kuli-kuli ini mempunyai rencah kehidupan dan ragam yang bermacam. Ada yang sangat taat dan patuh kepada tuannya, malah menghafal dan memahami seluruh isi kandungan buku panduan yang diberikan.
Ada pula di kalangan yang taat dan patuh ini, yang tidak reti duduk diam. Apabila ada peluang, pasti sahaja digunakan untuk mengajak kuli-kuli yang lain untuk taat dan patuh sama kepada tuan mereka. Sanna kasihan melihat mereka. Mereka sering sahaja tidak diendahkan. Malah ramai sahaja kuli-kuli yang lain mencemuh dan mentertawakan mereka.
Ada juga yang buat-buat taat dan patuh, tetapi di belakang kuli yang lain, apabila dirasakan tiada siapa yang melihatnya, pantas curi tulang dan ingkar kepada arahan tuannya. Di hadapan orang ramai, dialah hero, dialah juara. Semua orang salah dan dia sahajalah yang betul.
Ada yang di tengah-tengah, kadang-kadang taat dan patuh melaksanakan kerja, kadang-kadang malas dan culas. Buku panduan juga hanya digunakan apabila benar-benar perlu sahaja. Di masa lainnya, kerja dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut selera sendiri.
Ada yang langsung tidak mendengar kata. Hanya duduk rehat goyang kaki tidak melakukan apa-apa.
Ada yang lebih dahsyat perangainya. Bukan sahaja malas dan tidak senonoh perangainya, malah mereka menghasut pula kuli-kuli yang lain untuk bangkit menentang tuan mereka. Malah buku panduan yang diberikan dipandang enteng dan dilayan seperti sampah lagaknya.
Tanpa pengetahuan kuli-kuli ini, tuan mereka telah memasang CCTV di serata tempat. Setiap tingkah laku dan gelagat mereka dirakam dengan teliti oleh si tuan.
Last Updated on Tuesday, 26 January 2010 11:35
Read more...
|